Cepatnya masa berlalu. Pejam kelip mata, dah nak masuk sepuluh hari Ramadhan berlalu. Dalam kepenatan dan keletihan berpuasa...rasa syukur jugak kerana dah berjaya menjalani ibadah puasa ini. Sebelum ini, rasa risau sgt, takut2 tak larat nak puasa. Bukannya apa, dahlah ada sejarah low bloood pressure dan gula rendah...biasanya kalau Ramadhan nie, daily activities ni agak terbatas cos kena make sure gula dlm badan maintain jer sampai ke buka puasa. Tapi sekarang nie, sejak perut lebih mancung dan tersorong2 daripada hidung nie, dan sementelah selera makan jadi double, risau takut flat jer sepanjang hari berpuasa.
Tapi alhamdulillah, setakat nie masih boleh bertahan. Maybe berkat keazamaan yg kuat untuk berpuasa. Ramai kawan2 kat campus cakap, "don't kill urself, u don't need to fast", tapi hati nie nak jugak rasa nikmat puasa di bulan Ramadhan. Yelah...setahun sekali, bukannya mcm sale seasion kat malaysia nie...setahun entah berapa kali tah!
Mula2 dah plan, tak payah masak susah2 bila puasa nie...beli jer kat bazaar Ramadhan nanti. Makanan berlambak2....tak terpilih nanti. Tapi sebab tak suka makan masakan yg dah sejuk or dah lama dimasak, tiap petang masak jugak. Menu berganti2 tiap hari, walaupun taklah sehebat ayu kat germany yg masak nasi briyani gam, or kak jo kat ireland yg masak mcm2.
Then ada jugak terfikir nak suh husband jer lah bangun siapkan sahur...tapi setakat nie tak pernah lagi pun suh dia. Buat sendiri, bangun awal, masak additional lauk or panaskan lauk, prepare the dining table, then baru kejutkan dia. Tak sampai hati pulak. Kat mulut nie memang selalu jer bising asyik cakap jer " bang..org lain bergilir2 tau bgn pagi siapkan sahur...bla..bla..bla". Mulut jer nampak jahat, tapi tak sampai hati, pendek kata, masih taulah tanggungjawab isteri..walaupun dlm Qur'an takder pun mention antara kewajipan isteri bgn masak sahur (alamak! sounds feminist pulak..bahaya nie).
Last week kebetulan semester break, so takder class. Tapi this week, dah start kena gi kelas semula. Aduh...cabaran terbesar nie. Terpaksalah skrg nie menyusahkan husband lebih daripada biasa (walaupun selama nie pun mmg selalu nyusahkan dia). Terpaksalah dia hantar ke kelas dan jemput. Tak sanggup nak naik komuter panas2 terik time puasa nie. Takut terpengasn dlm train, tak pasal2 pulak.
Problem terbesar sekarang nie...tgh kemaruk yg amat untuk berkemas dan maintain rumah zero-habuk. Sebenarnya sedar, ini memang menyusahkan diri sendiri dan memperbodohkan diri, tapi tak boleh tahan. Agaknya nilah org kata pembawaan mengandung kali ni. Kalau boleh alas meja kat living room tu tak boleh senget sikit pun... everything must be perfect. Every now and then...mata melilau jer tengok keliling living room tu..apa yg tak kena, apa yg berselerak (padahal tak berselerak pun!) Yg peliknya..bahagian lain dlm rumah tak lah dihiraukan sgt..walaupun nak jugak kelihatan kemas dan bersih. Mungkin sebab dok habiskan masa selalu kat living room and dining ..so tempat2 nilah yg jadi mangsa. Kalau boleh everyday nak mop lantai, nak lap book shelves dan almari2 kat living room nie. Hehehe....
Kalau nak buat semua mmg boleh...tgh poser pun tetiba bertenaga..tapi lepas berkemas sakan nanti tak larat nak masak pulak. Ataupun family members dlm rumah nie tensionlah..asyik kena bebel jer..."Cici, keep ur pencil case, Afafita pick up the paper, Bang...buku ni pas baca jgn lupa simpan balik...". Tak taulah sampai bila mcm nie....
Chichi pun poser gak. This year penuhlah sampai petang. Last year, the first two week, time asar bagi dia minum segelas air. Then the last two weeks, dia puas terus, takder minum time azan asar. This year...dia poser mcm org besarlah. The first few days...melepek jerlah..serba tak kena. Tak boleh silap sikit. Nak meradang. Then, dia cuba2 mintak jugak minum time azan..tapi tak bagilah. Masalah dia nie, tak reti nak tidor kalau penat or lapar. Tetap nak main or do something. So, kenalah Mama dia paksa tidor....siang hari. Tu pun nangis2 dulu before tidor. Isy..isy...kalau kita org besar dpt tidor...nikmatnya rasa.
Afafita pulak, baru first day poser, trus demam teruk dan kena tonsil bengkak pulak. alahai...tgh mlm bwk gi doktor aik ubat.sebab dah menggigil2 demam. Risaulah. Dia selsema, sakit tekak..mmg takleh nak practice poserlah. This year sebenarnya firt ime dia nak try poser cos baru nak masuk 5 tahun this year. but after a week, dia dah try semula puasa. tapi setengah hari jer. lagipun tonsil dia blm btl2 baik lagi.
Erm..mcm2 hidup nie. Mudah2an Allah bagi kesihatan dan kekuatan yg berterusan untuk menjalani ibadah puasa ini dgn sempurna. Amin....
Sorry For The Long Hiatus
-
Dearest lovely ladies, thank you so much for your generous prayers and best
wishes. I truly appreciate each one of you. Please do kindly make sure to
take ...
2 years ago
1 comments:
aik? rajin mnegemas yer... beby girl la kot kat dlm tu yer...heee... bagus la anak2 da mula praktis pose.. huda n fawwaz, time weekend je bole nka suh diorg..time sekola, sbb kena bawak bekal... seme bawak lunch pack, tak dpt la nak ajar dorg pose..
Post a Comment