header-photo

My long-lost hobby

Sebenarnya, sejak kecil lagi, Mama Mia mmg hantu buku. Masa kecil2 dulu...sanggup tak tidur siang dan jug malam kalau dah mula baca story books. Akan tetapi, kalau buku sekolah...jgn haraplah setekun itu. Waktu kecil2..buku cerita siri Enid Blyton, Amelia Jane, Hardy Boys, The Famous Five, dan mcm2 lagi buku cerita English yg dibaca. Kebetulan...makcik2 di Singapore manjakan Mama Mia, cos Mama Mia adalah first anak sedara mereka....so selalulah diorang belikan buku2 cerita pelbagi jenis.

Bila masuk sekolah menengah...masih lagi hobby utama ialah baca buku cerita. Mula2..bacalah buku2 untuk teens..lama2 start baca novel English yg tebal2. Mata Mama Mia nie jadi rabun pun sebab baca stroy books..suka baca dlm gelap (cos curi2 baca waktu mlm bila org lain dah tidur) or membaca sambil baring di atas katil.

Lama kelamaan, after SPM, Mama Mia dah tak sempat nak baca story books or novels lagi. Especially time blajar matriculation for medic dulu...nak tidur dan makan pun semput2 cari masa...buku medic dahlah tebal2 kena baca....so...memang takder masa. Then time gi oversea sambung blaja pun...lagilah takder masa nak baca novels. Sebab time blajar di negara org dulu, Mama Mia sgt active dlm persatuan pelajar Malaysia....dan masa tak gi kampus dihabiskan dgn aktiviti2 sosial, study groups ataupun mencuba resepi yg diblaja dpd kwn2 daripada negeri lain. Maklumlah..tak pandai masak. Time pergi oversea dulu pun umur baru 18 tahun...

Bila balik dari belajar, umur baru 22...tapi Mama Mia terus sambung blajar Masters. So lama kelamaan hobby membaca novel dah terbantut habissss. Bila kahwin umur 24 thn, dan terus dpt anak....Mama Mia still ada hobby membaca...tapi bhn2 bacaan dah tak mcm dulu. Berbeza. Sejak kawin dan ada anak, Mama Mia cuma baca parenting magazines, books dan ap2 saja yg berkenaan parenting, health . No more novels. Nak beli novels pun mcm dh mula berkira...lokek..cos satu novel boleh beli 5 bulan punya parenting magazine. heheh. Ataupun dah dpt sebualan diapers anak!

Sungguh tak disangka...bila bersalinkan Fichita nie...Mama Mia berpeluang membaca novel2 cinta semula. Semuanya secara tak sengaja. Tak sangka juga adik2 Mama Mia yg remaja ada banyak novel yg dipinjam dari library dan rakan2nya. Apatah lagi...dua minggu pertama dlm berpantang..Mama Mia pulun baca novel2 cinta .....hehhe, sambil menyusukan Fichita.....dapatlah baca 4 buah novel dlm masa dua minggu tu. Lagipun time tu Mama Mia tak nak sentuh buku2 pelajaran, sebab taknak mengusutkan fikiran....nak berehatlah.....

Seronok baca novel . Hobby yg dah lama tak dilakukan. Sejak baca novel2 cinta nie...rasa mcm dah mula "jiwang" sikit. (sayang pulak Papa outstation ..) Selama nie Mama Mia tak sedar...Mama Mia dah byk berubah. Bak kata org.bila dah lama kawin...kdg2 kita mula take things for granted , especially sejak kerja dlm bidang akademik dan blajar semula...bila dua2 suami isteri dlm bidang akademik, satu bidang yg serius dan selalu memerah otak, tanpa disedari, kehidupan lama-kelamaan jadi semakin serius dan "too logical". Time breakfast, berbual pasal seminar, time tea time, berbual pasal meeting dan bengkel2, time dinner bercerita pasal idea baru or paper baru yg akan ditulis, time rehat before tidur pulak bertukar2 pendapat pasal isu terkini yg perlu difikirkan dan digarapi. heheh. Yg penting semuanya academic lah!


Hmmm.... sebenarnya sesekali mmg perlu gak baca novel2 cinta nie...just to help us to bring back the "jiwang" part of ourselves. Tapi lepas nie rasanya tak der masa lah nak baca novel...buku2 rujukan study ni pun tak habis nak baca!

0 comments: