Baru2 nie bila bawak Fichita gi clinic for hep B jab, doctor bagi infant colic drop. Tapi tak berkesan sgtlah. Tak dpt menyembuhkan sepenuhnya kekembungan Fichita nie. Besides that, satu perangai Fichita nie ialah tak suka tidur....hah, sebijik mcm perangai abang dia si Wafitos. Susah betul nak tidrkan di siang hari..siang hari average waktu tidur dia cuma 2 hours..itupun bukanya straight 2 hours. paling lama setengah jam...kelam kabutlah Mama mia berhempas pulas nak buat seberapa byk kerja dlm masa setengah jam. Dahlah tak blh bising2 time dia tidur...so cuma dptbuat kerja yg senyap jer.
Dia juga sgtlah memilih. Tak nak pacifier, walaupun dah 3 jenis pacifier Mama Mia belikan...tapi still dia resisted. Still dia prefer mama's natural pacifier. Ni yg susah nak hantar dia ke nursey. Dia tak boleh tidur kalau tak bergayut kat Mama dulu. So setakat nie masih blm hantar ke mana2 caregiver or nursey lagi. masih lagi mengharap kalau2 maid sampai dlm masa terdekat nie. Tapi kalau maid takder gak..tak taulah camner, terpaksalah hantar ke nursery jugak. Masalahnya...sanggup ker nursery nak jaga? Takut jadi mcm abang dia, s Chichi dulu waktu baby dpt bertahan dua minggu jer kat nursery. Caregivers kat nursery tak tahan nak jaga dia lagi, suh hantar tmpt lain. Chichi asik menangis jer....nak dukung jer all around the clock. Sedih betul Mama Mia bila dpt tau rupanya selama 2 minggu di nursery, Chichi merana sesangat. Cuma dia baby, tak blh nak ckp, tak sangka dia terseksa.
Thats why takut Fichita pun mcm tu jugak. Tapi Mama Mia mesti cari jln jugak untuk buat sesuatu berkenaan penjaga. Mama tak blh sentiasa dok study dia rumah. Pertama, banyak sgt gangguan....dan house chores. Kedua. Mama kena jgk hadiri talks, seminars, gi library, etc.
Mudah2an Allah tunjukkan dan mudahkanlah jalan untuk menyelesaikan masalah nie.
Mudah2an dia membesar jadi anak yg sihat, pintar dan beriman. (tak kisahlah walau kuat bergayut...tapi berbaloi)
1 comments:
Ohhhh so kawaiiii~ *pinch, pinch* >_<
Post a Comment