header-photo

No specific title...

Ironically, since I have my own internet line account, I felt quite "tak berapa rajin" to update this blog or post new entries. Hmmm....that's human nature, biasanya, sebelum dpt sesuatu, punyalah bersemangat, tetapi bila dah ada tak dihargai dan digunakan sebaik mungkin.

Orang kata...begitu juga halnya dlm perhubungan. Apabila lelaki dan wanita hangat bercinta, biasanya makan tak kenyang, tidur tak lena selagi tak berada dekat dgn pasangannya. Namun, bila sudah berkahwin, sebaliknya yg berlaku. Jika selalu dekat dan dek kerana tiap2 hari nampak muka..akhirnya kebosanan mula melanda. Betul ke mcm tu? Entahlah...

Perangai manusia memang sukar dijangka dan diduga. kadangkala...apabila kita baru berasa hampir2 memahami seseorang, kita mungkin akan dikejutkan dgn sikap2 dan reaksi2 baru yg tak pernah kita jangkakan. Tak kiralah berapa lama kita kenal akan seseorang...sebenarnya masih banyak sisi individu tersebut yg kita tak dpt fahami dan kenali.


Oleh kerana itulah mengenali hati budi seseorang merupakan satu proses yg panjang, a never-ending journey. Mungkin keperibadian seseorang yg kita kenali lima tahun yg lalu boleh berubah 360 darjah sekarang. Faktor rakan pergaulan, persekitaran, lingkungan hidup, didikan dan pengalaman boleh memberi impak terhadap perkembangan keperibadian seseorang individu, secara sedar ataupun tidak.

Kadang kala, personaliti kita juga berubah, meskipun kita tak menyedarinya. Apabila berlaku sesuatu konflik dalam perhubungan atau ketika berinteraksi dgn org lain, kita seringkali menuding jari terhadap pihak lain. Hakikatnya, kita sendiri yg sukar dimengerti dan telah berubah personaliti.

3 comments:

iu rf said...

macam ayat nk wat novel jer ni.. ke tgh wat paper..ngehngehngeh..;p

Anonymous said...

hehe ayu... tergelak akak baca komen ayu.

Mama Mia said...

heheh.....

naper? takleh jadi penulis novel ker? :))