header-photo

Kasihan..


Petikan Berita Harian, 4 Feb2009

Ibu di Gaza tahan hasrat bersalin

Berikutan terperangkap akibat serangan Israel

BAYANGKAN kesakitan yang perlu ditanggung ramai golongan ibu warga Palestin yang sarat mengandung kerana sanggup menahan diri daripada melahirkan anak berikutan bimbang bayi yang dilahirkan itu kelak mati akibat serangan roket atau bom fosforus Israel.

Golongan ibu malang ini dikatakan sengaja menahan diri daripada rasa ingin bersalin menyebabkan mereka mengalami kesakitan melampau selain bayi dikandung berdepan risiko hampir lemas di dalam perut.
Bagaimanapun kebanyakan golongan ibu berkenaan yang terperangkap di dalam rumah mereka di kawasan perkampungan yang diserang rejim Zionis berjaya diselamatkan sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Seorang daripada mereka, Baayah El-Kudsi, 28, berkata, dia yang sepatutnya melahirkan bayi akhir Disember lalu terpaksa menahan hasrat ke hospital selepas perkampungan Deir El Balah yang didiami diserang bertalu-talu dengan roket.

Katanya, serangan roket dan bom daripada helikopter Apache dan jet F-16 Hornet tentera Zionis itu menyebabkan dia dan ibu mentuanya hanya mampu berlindung di sebuah bilik bawah tanah di rumahnya itu.

"Serangan berkenaan yang berlaku tidak kira masa berlarutan lebih seminggu menyebabkan kami terus terperangkap dengan hanya berbekalkan roti kering dan botol minuman berisi air. Ketika itu, bayi dalam kandungan saya mula turun ke rahim dan menandakan tempoh melahirkan semakin dekat," katanya.

Katanya, dia yang bimbang bayinya terkorban atau terhidu debu fosforus sedaya upaya menahan rasa sakit supaya bayinya itu terus berada di dalam perut.

"Keadaan ketika itu tidak mengizinkan saya untuk melahirkan bayi berikutan tiada doktor dan peralatan perubatan. Saya bimbang bayi saya akan mati jika niat itu diteruskan," katanya.

Beliau berkata, selepas dua minggu melawan rasa ingin bersalin, dia akhirnya dibantu oleh seorang petani sebelum dihantar menaiki sebuah lori sayur ke Hospital Al-Quds untuk bersalin.. Bayi itu dinamakan Bilal Jariun (berani),

Sementara itu, Wartawan Berita Harian yang berkunjung ke Hospital Pediatrik al-Nasser mendapati rata-rata bayi yang dirawat di hospital berkenaan masih keadaan lemah dan diberi rawatan rapi akibat dilahirkan terlalu awal atau terlalu lewat.





Kasihan sungguh...dpt bayangkan betapa terseksanya dan merananya ibu2 di sana. Teringat wktu nk melahirkan fichita hampir 3 bln lalu....jika dibandingkan dgn ibu2 di sana, keadaan mama mia berpuluh2 kali ganda lbh baik dan penuh kenikmatan. Syukur.

0 comments: