header-photo

Solehah kah aku?

Waktu masih muda belia dan anak dara dulu, Mama Mia seringkali mendengar lagu "isteri solehah" yg dialunkan oleh sebuah kumpulan nasyid terkenal suatu masa dulu.

"Isteri cerdik yg solehah
Penyejuk mata
Menawan hati
Penajam fikiran
Dirumah dia isteri
di jalanan kawan
di waktu kita buntu
dia penunjuk jalan"..

Waktu tu..bila nak release tension ataupun saja2 pergi rehlah dgn kawan2 di waktu cuti semester, kami akan sering mengalunkan nasyid tersebut berulang kali tanpa jemu. Selain irama yg sedap didengar dek telinga, bait2 senikatanya yg sgt indah seakan2 memberi inspirasi kepada kami semua untuk menjadi "isteri solehah" yg ideal kepada suami yg kami pun tak pasti siapakah gerangannya ketika itu.

Kami seakan2 bejanji antara satu sama lain, akan berusaha untuk menjadi isteri solehah yg mempunyai ciri2 sepertimana yg digambarkan oleh nasyid tersebut. Pernah satu ketika, diri ini hampir2 nak mengambil keputusan untuk tidak berkerjaya di luar rumah, semata2 untuk menjadi isteri solehah. Hebat kan penangan nasyid tersebut? Mungkin pada ketika itu, fikiran masih belum matang dan agak naif dlm rencah serta asam garam kehidupan berkeluarga. :)

Rupanya...tak semudah itu untuk menjadi isteri solehah, kan? Tak semudah menyapu rumah, membasuh pakaian, memasak lauk pauk. Namun, ia juga tak sesukar mana jika kita betul2 faham konsepnya dan berusaha ke arah itu. Sebenarnya, jika seseorang perempuan atau isteri kembali kepada fitrah dan naluri semulajadi seorang wanita sebagaimana yg telah diciptakan oleh Allah, usaha untuk menjadi seorang isteri yg solehah akan menjadi lebih mudah unutk dilaksanakan. Ini kerana, antara ciri utama isteri solehah ialah ketaatan dan kepatuhan terhadap suami yg tidak berbelah bagi, selagimana ianya tidak menggugat ketaatan isteri terhadap Allah. Sounds simple, right? Tapi inilah ciri yg paling sukar untuk dipenuhi oleh kebanyakan wanita yg bergelar isteri, termasuklah MAMA MIA sendiri!!

Termasuk di bawah cakupan "ketaatan dan kepatuhan" ini juga ialah MENSYUKURI DAN MENGHARGAI SUAMI. Hmmm...adakah dgn mengucapkan "thanks dear" bila dapat hadiah yg diidamkan pada hari ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan sudah memadai untuk diklasifikasikan sebagai "mensyukuri dan menghargai suami"?? Kalau benarlah begitu, tidaklah Rasulullah s.a.w. mengingatkan kaum wanita bahawa merekalah yg akan mendominasi neraka disebabkan "kufur 'asyir" (derhaka kpd suami ataupun tdk mempunyai hubungna yg baik dgn suami).


Sebenarnya, kebanyakan isteri tidak kurang ilmu tentang perkara ini, namun hubungan antara suami dan isteri ini tak seindah pelangi. Bahkan, bagi mencapai tahap "solehah" tersebut, usaha dan inisiatif yg berterusan perlu ada dari kedua2 pihak, iaitu suami dan isteri. Bagaimanalah isteri mampu untuk menjadi solehah jika suami itu sendiri tidak soleh?


But last but not least...sudah cukup solehahkah diri Mama Mia ini?????????



5 comments:

Ummu Mishkah said...

terima kasih..
kita saling mengingati antara satu sama lain...
inshaAllah title solehah bakal kita perolehi...

Rizza said...

tqvm,,,, ye betul gak.. cukup solehah ke aku ni?? hehheh

iu rf said...

saya isteri solehah!!! aminnn!!

Sofinee Harun said...

Memang betul kata ummuwafi. Senang nak cakap, tapi bukan mudah bila nak amal yang sebenarnya. kalau baca tentqang isteri solehah, memang rasa yg kita buat selama ni betapa kecilnya pengorbanan. Banayk lagi yg tak buat.

Nice reminder.

Syuhada Kamal said...

salam perkenalan..:)
feel free to visit my blog:
http://syuhada-mylife.blogspot.com