Rancangan tersebut menayangkan proses ujibakat yg diadakan si seluruh negara Malaysia ini. Wah..mcm satu misi yg sgt hebat..lebih hebat dan happening dpd misi mencari angkasawan. Al-kisahnya...berbondong-bondonglah warga Malaysia yg teringin sgt nak bergelar penyanyi dtg ke audition session yg kebanyakannya diadakan di pusat membeli belah yg besar. Kebanyakan dpd mereka tu masih remaja...kalau tak pun pemuda pemudi yg sepatutnya menjadi harapan bangsa, ibu pertiwi dan agama untuk menjadi generasi pelapis yg akan mengembangkan lagi tamadun dan pembangunan negara.
Amat menyedihkan melihatkan pemuda-pemudi nie yg tanpa segan silu dan tak sedar diri mencuba nasib, walaupun mereka mmg tahu sejak azali lagi mereka TAKDA bakat langsung menyanyi. Tak dinafikan...ada sesetengah gelagat mereka agak menghiburkan hati...sebab dgn selambanya dan muka tebalnya menyanyi pitching lari...tak ikut tempo dan tak hafal lirik. Tak usah kata juri..Mama Mia yg tau serba sedikit ilmu muzik dan baca note (sebab belajar di zmn sekolah rendah dulu) ni pun tau, diorang tak boleh langsung menyanyi. Ada pula yg sanggup merayu-rayu juri, mcm org merayu nak minta makan sebab kebuluran, semata2 tak puas hati dna perasan yg diri itu berbakat dan mempunyai peluang yg cerah untuk jd superstar...heheh. Kesian.
Mama mia bukannya nak mengutuk mereka...tapi sebenarnya deep inside my heart, rasa sedih gak....kalau mcm nilah generasi muda Malaysia....terlalu obses dgn glamour, obses sgt nak jadi artis..leka dgn hiburan...tak mustahil setakat nie ajelah pembangunan dan kemajuan yg akan kita kecapi di negara kita nie. Jgn haraplah nak capai Wawasan 2020 ker...Wawasan 2030 ker....
Mama mia juga rasa takut..sebab, terfikir...mcm manalah nak mendidik dan membesarkan anak2 cucu kelak jika inilah trend dan obsesi masyarakat muda kita hari ini. Mama mia berdoa..semoga Allah lindungi dan jauhi anak2 dan zuriat dpd terpengaruh dgn anasir2 dna budaya sebegini. Sunggh mencabar rasanya nak membesarkan anak di zaman sekarang nie...
0 comments:
Post a Comment