header-photo

Dunia...

Dah lama rasanya tak post something dlm blog yg bersifat virtual open diary ni. Selain daripada tanggungjawab dan tugasan harian sebagai ibu, isteri, dan juga pelajar, sibuk juga memikirkan masalah umat dan negara. Polemik politik yg berlaku sekarang ini juga menarik perhatian Mama Mia. Bukannya Mama Mia ni minat sgt dgn politik, namun Mama Mia rasa terpanggil juga untuk mengikuti perkembangan politik yg kurang sihat di Malaysia dewasa ini.

Dua malam yg lalu, semasa Papa baca kitab lama al-Raniri berjudul "Durar al-Faraid", terjumpa sesuatu yg sgt menarik. al-Raniri, seorang ulama' tanah Melayu yg masyhur dan terbilang, menjangkakan bahawa umur dunia tidak lebih daripada 1500 tahun HIjrah setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Menakutkan bukan? Kalau dihitung...berapa puluh tahun saja lagi. Dan jika benarlah ramalan atau jangkaan ini, maka kita sekarang betul2 diambang akhir zaman.

In conjunction with this, saya teringat kembali kata2 professor saya semasa belajar subjek "I'jaz al-Qur'an" (Keajaiban al-Qur'an) dulu. Kata beliau, ada ulama' yg membuat kesimpulan berdasarkan kronologi confrontation antara Yahudi dan Muslim, yg selari dgn kiraan sebutan perkataan "yahudi" dlm al-Qur'an, bahawa kemungkinan besar, akan berlaku peperangna besar antara Yahudi dan Muslim around tahun 2020 or 2021 kelak. Pada ketika itu, Muslim akan bangkit dan menang. Namun, tak lama selepas itu, Muslim akan jatuh semula dan iman kaum Muslimin akan mula terhakis. Ketika itulah kejatuhan yg kekal yg tak akan dpt diselamatkan lagi.

Jika tepatlah apa yg ditulis oleh al-Raniri...dan jika dibandingkan dgn teori dlm i'jaz al-Qur'an tu...maknanya kita dah takda masa yg banyak lagi! Sungguh menakutkan. Lebih menakutkan jika terfikir...adakah anak and cucu kita berjaya mempertahankan iman mereka kelak?

Mudah2an Allah melindungi kita semua dari fitnah dajjal dan akhir zaman. Amin.

3 comments:

iu rf said...

kejap je lagi yek.. seblas tahun je lagi? emm takutnye.. debar2 rasa.. ish.. mcm tak redy ape2 lagi..

camne la anak2 ni nanti.. emmmm

Sofinee Harun said...

Ummuwafi,

Boleh baca kat sini:

http://www.central-mosque.com/signs/index.htm

Memang benar kita di akhir zaman. TEngoklah keadaan umat sekarang..

kin hashim said...

makin dunia ke akhir zaman, semakin umat manusia merasakan dunia ini seakan kekal... semoga kita tergolong di kalangan orang2 yg sedar...