Namun sekarang, keadaan sudah jauh berbeza. Apa kurangnya anak2 kita berbanding mereka nun jauh di Barat? Ibarat meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri, kita juga berdepan dgn masalah moral yg sgt2 meruncing. Hampir setiap hari sebenarnya ada saja kes gangsterism yg berlaku di sekolah, meskipun tidak semuanya dilaporkan ke pihak berkuasa. Sebagai ibu bapa yg mempunyai anak yg bersekolah, acapkali terdetik di hati kita kebimbangan akan keselamatan anak2 yg dihantar menuntut ilmu di sekolah. Mungkin ada suara yg mencadangkan "homeschooling" sebagai solusi untuk kita memastikan anak2 kita selamat dpd ancaman dan anasir2 yg tidak diingini. Namun, yg jelas, ia ibarat seorang doktor yg memberi ubat untk simptom sesuatu penyakit, bukan ubat untuk menghilangkan atau menyembuhkan penyakit tersebut.
Justeru, apa yg lebih penting adalah dgn mencari ubat untuk menghilangkan "penyakit" tersebut serta menguatkan "antibodi" tubuh. Namun siapakah yg bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini? Sudah tentu ianya bukan tanggungjawab guru atau pihak berkuasa semata2. Kita memerlukan komitmen dari semua pihak; termasuklah ibu dan keluarga, guru dan sekolah, masyarakat sekeliling serta kerajaan. Jika terdapat mana2 pihak yg lepas tangan atau menangani masalah ini sambil lewa, nescaya usaha untuk membendung gejala ini tidak akan membawa sebarang hasil.
Sudah masanya semua pihak memainkan peranan yg lebih proaktif dan komited. Akar permasalahan ini perlu dikenalpasti dan diperhalusi. Pokok pangkalnya, pendidikan yg berteraskan akhlak perlu menjadi dasar pendidikan di setiap ruang lingkup dan persekitaran anak2, serta budaya hedonisme mesti dikikis dari terus menjadi ikutan anak2 muda. Jangan salahkan globalisasi atau perkembangan teknologi yg memang jelas tidak boleh dihentikan. Akan tetapi, salahkan diri kita sendiri yg tidak pandai membawa diri dalam arus ini. Sudah masanya sistem pendidikan kita dirombak agar penekanan terhadap pembangunan sahsiah dan moral menjadi dasar utama, dan bukannya berapa banyak bilangan A yg dapat diperolehi oleh pelajar setiap kali menjalani peperiksaan utama. Daripada bertelagah bahasa apakah yg patut menjadi medium pembelajaran dan pengajaran bagi subjek2 tertentu di sekolah, lebih baik tumpukan usaha untuk menyelamatkan masa depan dan akhlak pelajar. Daripada sibuk berusaha menyelamatkan masa depan bahasa atau warisan kebudayaan bangsa, lebih baik memikirkan masa depan anak2 kita.
5 comments:
pergh.. besh la ayat2 akak.. ada gaya seorang dr.. (",)
ye betul..
didikan dari rumah la yg berteraskan agama yg kukuh dan kesopanan serta kesusilaan.. insya'allah akan menjadikan anak2 insan yg berguna dan tau menjaga diri serta taat pada Perintah Allah dan ibu bapa..
Bimbang dengan perkembangan budak2 zaman sekarang... Cabaran mendidik anak2 datang dari pelbagai penjuru.
Ummuwafi, memang benar setiap patah yang di tulis. May be kita kena berani dalam hal pendidikan. Namapaknya di malaysia sekarang ni orang berani menentang kerajaan and pihak keselamatan bila cuma hal2 politik. Tapi bukan dalam hal hal hak yang lebih utama.
Ibubapa sebenarnya memegang peranan yg sangat penting dalam hal didik anak2.
Homeschool bukanlah solution. Sebab kita tak boleh nak expect semua orang nak kena homeschool.
Namapknya at the end berbaliklah pada satu benda utama iaitu agama. Di Malaysia nampaknya agama dah macam trend atau fashion. dari pakaian hinggalah ke ceramah agama islam berlaku tetapi buknlah kerana agama yang sebenarnya. Tetapi mengikut faishion dan trend. May be dah sampai masa kita semua berbalik dan merenuing apakah kehendak agama yang sebenar mengikut kehendak shariah dan sunnah.
You have to express more your opinion to attract more readers, because just a video or plain text without any personal approach is not that valuable. But it is just form my point of view
Post a Comment