a) golongan yang cemerlang akademik tetapi tidak cemerlang sakhsiyyah, maka manfaat akademik itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak digunakan pakai untuk membantu masyarakat apabila mereka habis pengajian nanti . Ada juga yang berpendapat golongan ini adalah golongan yang jiwa santai mati rasa tentang hiruk pikuk masa depan nasib ummat.
b) golongan yang cemerlang sakhsiyyah tetapi biasa-biasa dalam bidang akademiknya. Golongan ini masih lagi boleh berfungsi kerana mereka masih punya akhlak yang baik untuk menghulurkan khidmat bakti kepada masyarakat
c) golongan yang cemerlang akademik dan cemerlang sakhsiyyah. Golongan ini yang diungkapkan sebagai golongan yang punya kepedulian sosial yang tinggi, bersifat multi-dimensional dan punya jiwa besar untuk bergelut dengan ummat dalam menjadi human transformer dan culture builder. Golongan ini punya potensi besar untuk menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain. Maka marilah sama-sama wahai mahasiswa2 sekalian, bangkitlah dan sedarlah anda punya peranan yang besar dalam mencelikkan ummat dan meningkatkan harakat kemerdekaan ummat. Insya ALlah